Friday, December 24, 2010

Excuse me, may I interrupt?

Bismillahirrahmanirrahimmmmm, fuh!:)

okay okay okay, selepas 3minggu lebih blog dibiarkan berhabuk, sekarang tiba masanya saya upah bibik untuk tolong sapukan habuk yang ada:) sebenarnya nak dikatakan busy, taklah busy mana pun. jadual harian dah pun dipadatkan dengan bangun lewat, dan juga tak tertinggal tengok drama2 kat tv. drama uolz, macam mak2 je i ni. hahaha. okay, pertamanya, cuti sem kali ni dijangkakan sebulan lebih, tapi yang hairannya, saya rasa macam 2bulan lebih dah kat rumah ni. hahaha. perancangan awalnya nak belajar memasak, tapiiii memandangkan tabiat menangguh sudah diterapkan sejak saya memakai kain biru pekat dan baju putih , jadi rasanya tengok drama lebih bagus bukan? yelah, membazir je beli tv kalau takde siapa nak tengok :B

syukur Alhamdulillah, selama lebih 8tahun saya berdoa pada Dia, supaya dapat berjumpa kembali kawan-kawan baik saya a.k.a childhood friends, maka doa saya telah dikabulkan oleh-Nya. wah macam nak sampaikan anugerah je. yelah sejak kemunculan Myspace, saya berangan-angan nak add diorang and boleh keluar togetha-gethaaaa. tapi malangnya (jengjengjenggg), anda sendiri tahu bukan yang pengguna Myspace ini kebanyakannya guna nickname, alah macam ni SaYer AwEkz GoDa, SiNgLe MiNgLeE, dan banyak lagi. hahaha yeah saya sendiri malu bila tengok balik zaman-zaman kegemilangan saya di Myspace dulu. ayat nak mengada je lebih, bajet manja gitu uolz:)

jadi, dengan terciptanya Facebook oleh Mark Zuckerberg (eleh2 mentang2 dah tengok The Social Network, tahulah nak eja dengan betul), yang kebanyakkannya menggunakan nama penuh, jadi saya dengan tidak sabarnya menge-add mereka. dari situ, keluar pula ayat begini 'wehhhhh kau hilang mana? aku rindu kat kau dah lama tak jumpa jom jumpa sekarang kat Fatimah Ghous pun jadi lah pakai baju tidur pon ok'. aicehceh rekaan je tu. tapi anda patut prihatin tentang perbezaan cara tulisan dulu dan sekarang. hahaha dulu kalau boleh nak ada sebutan lebih kat belakang macam 'tgh uat aper tuew'. sekarang ni 'tengah buat apa tu?' hahaha beza kan?:) okay, jadi bila dah jejak kasih, so macam biasalah kan, plan nak keluar bagai, untuk awalnya, tak jadi sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. jadi untuk cuti kali ni, saya tak kira saya nak jumpa jugak diorang, maka saya set tempat dan tarikhnya. jadi terciptalah gambar-gambar ini :




black&white: Aza / dark blue: Zafirah


Hari itu mungkin tidak akan jadi jika tiada peneman setia disisi, Cqin, thanks to u my dear ;






Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami kembali. firstly nampak mereka depan mata, im clueless. rasa rindu yang menebal tu, dah terubat:D dan saya tak sangka, bukan ini saja pertemuan kami, cuma kali yang seterusnya, Aza ada hal. sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, niat hanya mahu menemani Cqin ke poli dan kemudian jumpa Zafirah di KLCC, tapi saya dapat berjumpa dia :



dark blue jacket: Waniy / white shirt with black cardi: Zafirah

ini ganjaran berganda-ganda! macam yang korang semua rasa bila korang nak handphone, tapi dapat earphone, kan? errr. hahahaha abaikan. selama 20tahun saya hidup dan menjadi Nur Jannah Bt Shaari padaNya, tidak pernah sekalipun saya dapat menyambut hari lahir dengan kawan2. jadi untuk kali ini, dengan kasih sayang dari Dia, Dia beri lagi rasa kebahagiaan dalam diri saya, maka terhasillah foto-foto ini ;



pink: Zafirah / brown: Fana

saya tetap gembira walaupun dapat sambut bertiga, ya ada kawan-kawan yang merancang untuk sambut ramai-ramai, tetapi sesudahnya hampa. ya kita merancang, Allah menentukan. jadi mereka berdua inilah rakan terbaik di alam semesta (woih da macam iklan koko krunch) terima kasih lovelies<3

tak sah kalau cuti sem tak dilengkapkan dengan hari keluar result. jadi tarikh 10disember jadi debaran penduduk-penduduk UiTM dihatiku (ewah dihatiku sangat). selama 4 sem saya menetap di UiTM, selalulah saya berwempitz-wempitz dengan budak-budak UiTM yang lain sebab nak masuk terus log in dapat check result. dah la satu web, UiTM ada cawangan pulak setiap negeri, so fikirlah ramai ke atau ala hidup segan mati tak mau pelajar-pelajarnya? jadi dengan menerimanya banyak kritikan hebat dan lantang dari pelajar-pelajar, maka sem ini, UiTM pun dengan senang hatinya menghantar result kami terus kedalam emel kami semua, kiranya siapa yang tak ingat emel maka dia sangatlah loser ketika itu, kerana perlu berwempitz-wempitz kembali ke student portal yang sesak mengalahkan KL. haha.

jadiiii dengan rasa tak sabarnya, jantung bagai nak jatuh macam tengah tunggu turn nak naik rollercoster, jadi saya pun login emel, tutup muka tak semena-mena tuptup ehhh salah password buat gempak je kan, okay okay cuba lagi, ok zasssss, sampai lah kat inbox. maka saya menggunakan kudrat kedua belah tangan yang ada untuk menutup seluruh muka saya agar perasaan takut tu hilang ecewah! macam tengah TERbukak website yang ada keluar gambar chucky tu hahaha. tuptup saya nampak semua LU LU LU LU LU, jadi saya lulus semuaaaa! ehhh jangan, jangan gembira lagi wahai anakku, mari kita lihat gpa dan cgpa, dupdapdupdapdupdap..YA ALLAHHHHH! MAHA SUCI KAU YA ALLAH! gembira tak terkata, sungguh inilah hari yang aku nantikan selama ni, air mata kegembiraan dah bergenang, terus aku panggil ayah, hehe. SYUKRAN YA ALLAH, ANA UHIBBU YA ALLAH:'). terima kasih yang tak terhingga juga pada mak ayh, along, afiq, kawan-kawan yang banyak membantu selama ni:) jujur, doa saya, moga saya lulus dan harap lepas 3.00. tapi apa yang saya dapat dariNya, sem3: 2.78 ke sem4: 3.40. mungkin anda rasa 'eleh tak dean's list pun, jangan nak kecoh sangatlah'. tak, saya tak mengharapkan yang tinggi-tinggi kerana saya tahu kemampuan saya. dan saya tak expect dapat setinggi ini:) harap saya dapat tingkatkan lagi untuk 2 sem yang akan datang, insyaAllah, amin:)

6 nada ugutan:

mimi said...

wahhhh...congrats weyh..
rajin2 la update blog ye nnti..=))

jannahhhhh* said...

hehehe thx beb, tp x la segempak kau every sem dl:P hehe. okay2 insyaAllah:)

sue. said...

cute je die....=.)

jannahhhhh* said...

spe cute su?

whazt2 said...

baru terbaca. Congrats on the result! All the best (^^,)

jannahhhhh* said...

thx kak dayah 4 the wish:D