bila tibanya 31 disember, kertas kalendar tu mesti macam mayat hidup je, ala-ala hidup segan mati tak mau, yelah, sebab tak sabar nak tukar dengan kalendar baru yang tak ghonyok, macam baru je lepas gosok! hahaha. maka bila adanya artis-artis menyanyi di tv-tv anda, dengan dataran merdeka banjir dengan umat manusia, dannnn dengan cerita-cerita yang best malam tu, maka kita semua perlu sedar bahawa itu ialah MALAM TAHUN BARUUU! maka wajib untuk saya, tonton pelbagai cerita-cerita malam itu, kerana bagi saya, adalah membazir jika melepaskan peluang itu begitu sahaja. bayangkan, anda boleh tahu cerita-cerita wayang yang sudah lepas, dimainkan kembali ceh lame betul aku ni.
sebenarnya dah memang jadi adat kalau ada Hari Raya ke, Raya Cina ke, Deepavali ke, Hari Natal ke, Tahun Baru ke, mestiiii ada bunyi-bunyi mercun di luar rumah. tapi kenapa tidak ada mercun-mercun pung pang pung pang pada Hari Jadi saya? itu saya musykil sampai ke hari ini (-.-') saya bukanlah seorang yang rajin untuk menyambutnya diluar, jadi saya hanya menyambutnya di dalam rumah saja, lebih indah lagi, di atas katil (oh sebenarnya takde kawan ajak, sebab itulah -.-')
mungkin hadiah tahun baru, jadi saya baru pergi ke Bank Islam petang tadi, dannnn duit pt dah keluar lahhhhh yahuuu eh kejap tak boleh nak bersorak lagi kerana duit itu perlu disimpan untuk benda-benda lain, maka saya jadi macam ini:'( sobs sobs. saya fikir, tahun 2010 lah yang banyak memberi pengajaran pada saya agar tidak perlu panas baran, kerana jika saya panas, semua orang akan peluk saya bila anda sejuk beku nanti (macam dalam Eclipse ok bye) maka dengan itu, saya perlu berazam dan berubah untuk menjadi yang lebih baik insyaAllah. tahun 2010 jugalah tahun saya jatuh dan kecewa, saya bangun kembali dengan kejayaan, juga tahun yang memerlukan seorang anak disisi seorang ibu ketika sakit, dan saya berjaya menempuhinya semua alhamdulillah:')
maka dengan itu, saya berharap semoga tahun 2011 akan buat baik pada saya macam ni 'please please please kamu jangan nakal' okay? semoga saya akan dapat apa yang saya tak dapat sebelum ni, dan moga korang semua camtu juga ya? it is the time yawwww. haha. oh lupa, tahun baru, ISI ALMARI JUGA MUNGKIN PERLU PEMBAHARUAN? ;B

0 nada ugutan:
Post a Comment