Tuesday, May 25, 2010

tabah, ini satu tanggungjawab aku.

cuti sem mungkin membosankan. ya aku tak menidakkan benda tu. ada yang kerja sambilan, ada yang belajar memandu, dan ada juga yang makan-tidur-online-itu aku. haha. bosan? bagi aku, tak, tapi tipulah kalau tak bosan langsung. ya ada, sikit. tapi itulah, aku malas nak kerja. untuk apa? sambilan? erk? buang masa-bagi aku. sebab duit gaji yang aku bakal dapat, aku akan habiskan, dalam beberapa hari saja. simpan? haha mustahil weh. lagipun ayah aku tak galakkan, dia kata, selagi dia mampu bagi aku makan, and apa2 saja, tak payah nak gatal2 pergi cari kerja. lagipun, memenatkan badan. haha maaf, ini cuma pendapat aku. kalau korang tak setuju, up to u, no offence babeyh! aku takut untuk balik sorang2, malam2 lepas kerja. haha tu satu sebab jugak kenapa aku tak cari kerja. ok ok dah lari topik. haha.

mak aku sakit. sakit apa? itu secret. sorry. start esok, aku kena jaga mak aku kat hospital, dalam 4 hari camtu sebab mak aku kena bedah. lepas bedah, aku jaga. ya aku tahu la nurse ada, tapi apa guna anak perempuan duduk rumah, melawat mak lepas tu balik, online-online-online, apa kejadah? ini tanggungjawab aku. sudah tiba masa aku jaga mak pulak, dulu mak aku jaga aku time aku sakit, ingat lagi, time aku kena lelah, mak and ayah dah sampai kerja, susah-payah balik rumah balik bawak aku pergi klinik sebab aku teruk gila masa tu. rasa cam nak mati je. serius.

aku takut mak kena bedah:'(. takut sangat, tapi aku tahu, aku kena tabah dan kuat, biar mak sembuh cepat bila dia tengok aku kuat depan dia. ya Allah, kau selamatkan ibuku dari pembedahan dan kau sembuhkan dia dari sakit itu. amin. harap korang doakan untuk mak aku juga ya. terima kasih banyak2 untuk itu :'). doakan juga aku tabah tengok mak sebelum and selepas bedah nanti. haihhh. tak tahu nak kata apa lagi dah. hati aku tak tenang kalau tak dapat tengok mak depan aku, i need to know her condition in every second, so sebab tu aku nak jaga.

-i love you mak, i will take a very good care of you, no worries, as long as i can see you smile to me and say 'im okay adik, i have fully recovered'.. hopefully.


7 nada ugutan:

mimie said...

babe..
tabah yer..
harap semuanya berjalan dgn lancar..=)

coki - coki said...

wahhh.
nak jaga ur mum ehhh ?
gudluck. (:

jannahhhhh* said...

mimie: thx babe. doakn ey.
coki2: yep! thx babe!

H Δ J i M e™ said...

bwk bersabar ye..
aritu mak aku ada tanda2 awal skt kronik aku da x sdp ati..
but then Alhamdulillah tade pape..
she's my only one..
jaga mak ko bebaik okeh..

jannahhhhh* said...

thx beb. kte sme2 jge mak kte k. hope dowg always ok la;(

jajamizkatak said...

may Allah bless ur bonda ok :)

jannahhhhh* said...

thx jaja:)